Ikuti Kami:

“Jelek Lah” – Sung Hoon Dikecam Bawa Watak CEO Lagi

“Jelek Lah” – Sung Hoon Dikecam Bawa Watak CEO Lagi

Sebagai seorang pelakon, sudah pasti penonton melihat versatiliti watak yang dibawanya.

Terbaru, Sung Hoon menerima kritikan hebat netizen apabila disahkan akan membawa watak CEO lagi dalam drama “Perfect Marriage Revenge” yang mengisahkan seorang wanita mengikat kontrak bersama seorang CEO bagi membalas dendam terhadap suami asalnya.

Sung Hoon disahkan akan membawa watak Seo Do-guk iaitu cucu kepada pengasas syarikat gah di Korea dan pemilik syarikat platform interior. Dengan wajah tampan dengan badan yang tinggi, lelaki sempurna itu akan sentiasa mendapat perhatian wanita.

Selepas berita itu diumumkan, satu entri di laman komuniti telah mengutuk pemilihan watak pelakon tersebut yang seperti lari dari karakter anak orang kaya,

Lakonan dia sangat teruk hingga saya pelik kenapa tiada siapa pernah mengkritiknya.

 

Saya tertanya-tanya bagaimana dia boleh terus mendapat tawaran berlakon.

 

Tapi imejnya..

 

Jeleklah.. asyik bawa watak sama je..

Terdahulu, lelaki ini pernah bwrlakon sebagai CEO dalam drama seperti “My Secret Romance”, “Woori The Virgin”, “New Tales Of Gisaeng” dan lain-lain.

Dalam pada itu, “Perfect Marriage Revenge” akan ditayangkan di saluran MBN bersama Jung Yoo-min sebagai heroin.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...