Ikuti Kami:

“Keluarga Kami Terluka..” – Gosip Lucah Tular, Sung Hoon & Park Narae Mengamuk!

“Keluarga Kami Terluka..” – Gosip Lucah Tular, Sung Hoon & Park Narae Mengamuk!

Senang betul nak sebarkan gosip sekarang ini kan?

Terbaru, pelawak Park Na-rae dan pelakon Sung Hoon ‘mengamuk’ dan berjanji akan mengambil tindakan undang-undang apabila berita buruk mengenai mereka tiba-tiba tersebar. Bermula di laman komuniti, kisah seksual dan provokatif mengenai mereka berdua di wad kecemasan hospital telah tular di seluruh pelosok internet.

Meskipun pernah terpalit dengan gosip percintaan sebelum ini kerana keserasian yang menyenangkan dalam program “I Live Alone”, gosip kali ini nyata merosakkan imej mereka berdua.

park narae sung hoon

Lapor media Korea mengenai kenyataan yang dikeluarkan agensi Sung Hoon mengenai isu ini,

Kami ingin menjelaskan tentang khabar angin yang tular di secara atas talian berkaitan Sung Hoon yang nyata tidak berasas dan palsu.

Mengambil kira situasi kini yang merendahkan reputasi pelakon itu dan menyebabkan tekanan bukan dirinya dan keluarga, kami tidak boleh memandang enteng dan merancang untuk mengambil tindakan undang-undang.

Kami kini sedang menyemak dan mengesan alamat IP individu yang mereka dan menyebarkan khabar angin palsu ini tanpa belas kasihan. Kami akan membalas dengan tegas tanpa kompromi dan persetujuan.

Bukan itu sahaja, agensi Park Na-rae turut menegaskan bahawa mereka akan mengambil tindakan undang-undang bagi membendung gosip liar ini.

Jahatnya mulut..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...