Ikuti Kami:

“Sukarnya Jadi Ibu…” – Sunye Bekas WONDER GIRLS Luah Kebimbangan Soal Anak

“Sukarnya Jadi Ibu…” – Sunye Bekas WONDER GIRLS Luah Kebimbangan Soal Anak

Terdetik di hati untuk merujuk kepada orang yang lebih pakar, Sun-ye bekas ahli WONDER GIRLS, bakal berkongsi mengenai keadaan anaknya.

Satu video teaser mengenai sesi pertemuan Sun-ye dengan Dr. Oh Eun-young telah dimuat naik melalui akaun Youtube rasmi, Channel A dan sesi kaunseling Sun-ye bakal disiarkan pada 2 September jam 9:30 malam.

Sebelum bermula sesi kaunseling Sun-ye, dia menyuarakan bagaimana dia mempunyai kekuatan untuk melalui sesi ini, setelah dia melihat episod kaunseling Song Min-ho dari kumpulan WINNER. dr oh eunyoung Ketika masih berumur 25 tahun, Sun-ye menghentikan segala aktivitinya bersama kumpulan WONDER GIRLS dan mendirikan rumah tangga lalu berpindah ke Kanada untuk membesarkan anaknya. Mendengar permulaan ceritanya, Dr. Oh Eun-young bertanya,

Membesarkan 3 orang anak di negara luar, bukan mudah kan?

Lalu Sun-ye menjawab,

Sebenarnya, menjadi ibu adalah perkara paling sukar bagi saya. 

Turut berkongsi bagaimana ibu bapanya berkahwin dek kerana ibunya mengandung sebelum berkahwin, Sun-ye menyalahkan dirinya sebagai punca ibu dan bapanya bercerai. Dr. Oh Eun-young cuba untuk menenangkan Sun-ye dengan berkata bahawa dia perlu cuba berhenti mempersoalkan kewujudannya dan cuba menghargai kewujudan dirinya sendiri. sunyeSun-ye turut berkata bahawa dia berasa sangat kosong selepas datuknya meninggal dan itu menjadi punca dia keluar dari WONDER GIRLS pada 2012. Dalam pada itu dia turut menyuarakan kebimbangannya terhadap keadaan anak-anaknya. Sun-ye berkata,

Apa yang saya boleh lakukan terhadap anak yang sedikit berbeza dengan kanak-kanak lain supaya dia tidak berasa kecil hati?

Menjurus kepada kebimbangan itu, ianya timbul kerana anak sulungnya yang lahir dengan keadaan kelopak matanya yang kurang baik dan mempunyai penyakit ‘speech delay’.

Bukan senang kan nak jadi ibu bapa? Korang boleh tengok episod penuh temu bual Sun-ye di Youtube okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...