Ikuti Kami:

“Saya Tak Boleh Buat Persembahan Sebab…” – Hyelim WONDER GIRLS Dedah Kesan Tidak Turun Berat

“Saya Tak Boleh Buat Persembahan Sebab…” – Hyelim WONDER GIRLS Dedah Kesan Tidak Turun Berat

Perkara yang pahit mesti susah nak dilupakan begitu sahaja kan? Sama lah seperti yang turut dialami oleh bekas ahli Wonder Girls, Hye-lim. Apa agaknya ya?

Baru-baru ini Hye-lim tampil dalam sebuah rancangan hiburan berepisod, “Godfather” terbitan KBS. Melalui sesi temu bual berikut, beberapa artis yang menjadi tetamu jemputan seperti Jonathan serta Kim Sook turut hadir bersama.

Dalam pada itu, Hye-lim juga tidak terlepas berkongsi mengenai kesukaran yang dihadapinya sewaktu melakukan persembahan bersama ahli Wonder Girls yang lain suatu ketika dahulu. Hye-lim mengulas,

Sewaktu zaman persembahan Wonder Girls dahulu, saya merupakan seorang ahli yang sukar untuk menurunkan berat badan. Jadi, saya tidak dapat membuat penampilan seperti ahli yang lain.  

wonder girlsMemberi respon kepada kenyataan tersebut, pengacara Lee Geum-hee berkata,

Anda pasti sangat tertekan. Kebanyakan idola bimbang tentang diet, tetapi lebih tertekan kerana ia adalah di luar imaginasi dan kawalan untuk idola, terutamanya idola kumpulan gadis.

Seung-hee Oh My Girl yang turut hadir menjadi tetamu bersetuju dengan kenyataan tersebut malah dia berkata, dia juga pernah menari secara memaksa diri kerana terlalu tertekan dengan diet yang perlu diiikuti.

Korang ingat senang ke nak jadi idola? Bukan setakat jadual latihan je yang ketat tapi makanan pun kena kawal. Kalau korang, agak-agak mampu ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...