“Suka Tengok Interaksi Mereka” – Layanan Manja Yoo Jaesuk Buat Jeon Somin Jadi Perhatian
- oleh irsa
- 4 tahuns lalu
Umum mengetahui bahawa Yoo Jae-suk merupakan seorang sangat penyayang dengan orang yang rapat dengannya.
Artikel Berkaitan
Dalam episod terbaru “Running Man”, penonton perasan tindakan manja lelaki itu buat adik perempuannya iaitu Jeon So-min.
Semasa Jeon So-min sedang bercerita mengenai kisahnya tersangkut di imigresen ketika dalam perjalanan ke Singapura untuk bercuti, Yoo Jae-suk dilihat memberi pandangan manja ketika mendengar selain menolak ke tepi helaian rambut yang menghalang muka wanita itu.

Meskipun nampak simple tapi tindakan tersebut membuatkan ramai yang memuji Yoo Jae-suk kerana sentiasa menjaga Jeon So-min dengan baik dalam semua program yang dihoskan mereka.
Dalam pada itu, penonton juga seronok melihat interaksi ‘adik-beradik’ antara kedua mereka. Tambahan pula, Yoo Jae-suk ada sahaja idea untuk mengusik Jeon So-min.
“jaesuk and somin must be sibling in their previous life..” pic.twitter.com/lmoZjn5loN
— ◡̈ | ia📚 (@xominsea) October 16, 2022
Comel kan mereka~
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




