Ikuti Kami:

“Jeon Somin Pakai Bikini Seksi Di Singapura” – Song Jihyo

“Jeon Somin Pakai Bikini Seksi Di Singapura” – Song Jihyo

Wow! Nampaknya Jeon So-min seronok bercuti di Singapura baru-baru ini.

Dalam episod terbaru “Running Man”, para ahli lain telah berkongsi cerita di sebalik tabir mengenai percutian Jeon So-min ke Singapura bersama PD Sun-young.

Malah wanita tersebut sempat bercerita tentang kisahnya tersangkut di imegresen kerana kesilapan sendiri.

Saya tiba-tiba dipanggil ke imigresen sendiri. Saya sepatutnya hanya tinggal selama 5 hari tapi saya asyik terfikir-fikirkan tarikh berlepas. Rupanya saya tertulis tarikh 2 Oktober 2022 sebagai 2 Oktober 2202.

jeon somin

Usik Yoo Jae-suk,

Mesti dia ingat awak pelik.

Selit Haha pula,

Dengar tak khabar angin yang So-min dan Sun-yeong pergi ke kelab?

song jihyo

Tambah Song Ji-hyo,

Saya ada berhubung dengan So-min menerusi panggilan video pada ketika itu. Dia memakai bikini yang sangat cantik.

Cerita Jeon So-min lagi,

PD Sun-young hanya memakai bikini bertali sahaja.

jeon somin

Yoo Jae-suk kemudiannya menepis perkongsian berkenaan dan mengatakan bahawa dia tidak mahu mengetahui dengan lebih lanjut kerana kekok untuk bekerjasama nanti.

Macam-macam dorang ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...