Ikuti Kami:

“Suka Sangat Pegang-Pegang” – Hyeri Dituduh Cuba Goda Byun Wooseok?

“Suka Sangat Pegang-Pegang” – Hyeri Dituduh Cuba Goda Byun Wooseok?

Susah apabila selebriti Korea dikritik apabila terlalu akrab..

Kelmarin, satu entri bertajuk ‘Saya Berasa Peminat Byun Woo-seok Agak Keterlaluan’ telah tular di laman komuniti. Dengan lebih 60,000 bacaan, ianya turut menerima 1,000 komen.

Dalam entri tersebut, individu berkenaan memuat naik beberapa komen dari video YouTube memaparkan Hyeri dan Byun Woo-seok semasa mereka merakam untuk drama “Moonshine”. Mereka khabarnya menyerang ahli Girls’ Day itu kerana dituduh cuba menggoda Byun Woo-seok.

Korang, Woo-seok katanya akan muncul dalam saluran YouTube Hyeri. Bukan kah kita patut menghalangnya? Saya benar-benar serius; dia boleh pergi ke program lain tapi bukan di tempat rubah (gelaran buat penggoda) itu.

hyeri byun wooseok

Komen yang lain,

  • Hmm, Byun Woo-seok tak nampak pun macam yang mula bersentuh dengannya. Nampaknya dia bukan seseorang yang main sentuh dengan sesiapa sahaja, hebat.
  • Dia terlalu senang menggoda.
  • Bukankah dia sedang bercinta dengan Ryu Jun-yeol semasa drama ini dirakam. Walaupun dia bukan wanita idamannya, tapi nampak lah Byun Woo-seok cuba letak jarak dan berhati-hati dengannya.

byun wooseok hyeri

Pun begitu, marah netizen lain yang tidak menyangka peminat Byun Woo-seok kerana agak keterlaluan,

  • Gila ke?
  • Banyak ketika di mana saya memilih untuk berhenti menyukai selebriti kerana peminat mereka.
  • Tolong jangan kacau Hyeri.
  • Saya senang dia popular, tapi kenapa peminatnya berperangai sebegitu?

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   The Qoo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...