Memang hebat penangan Byun Woo-seok!
Artikel Berkaitan
Terbaru, lelaki itu telah hadir ke “Running Man” sementelah popularitinya meningkat tinggi dek drama “Lovely Runner” di mana dia membawa watak Ryu Sun-jae.
Terbukti popular, kemunculan Byun Woo-seok berjaya menaikkan rating program itu sebanyak 0.8% berbanding minggu sebelumnya dan berjaya melepasi angka 4% buat pertama kali selepas tiga bulan berada dalam lingkungan 3% sahaja.
Malah ahli “Running Man” seperti Haha dan Ji Suk-jin juga tidak terlepas memuji pelakon tersebut selain kerap mengambil gambar bersamanya. Komen Yoo Jae-suk,
Tengok dari belakang kepala sahaja, dah tahu awak kacak.

Dalam pada itu, rata-rata penonton turut memuji personaliti Byun Woo-seok yang terus tersenyum di dalam episod ini selain bijak mencari keserasian bersama ahli lain.
Hebat Byun Woo-seok!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




