Ikuti Kami:

“Suho Sedang Cuba Jadi Pengarah SM Entertainment” – Xiumin

“Suho Sedang Cuba Jadi Pengarah SM Entertainment” – Xiumin

Adakah SM Entertainment bakal mempunyai pengarah baru tak lama lagi?

Baru-baru ini, Xiumin atau Kim Min-seok telah menyertai rancangan radio ‘Kim Shin-young’s Noon Song of Hope’ bagi mempromosikan album solo ‘Brand New’.

Semasa sedang bersembang, lelaki itu diajukan soalan siapakah ahli yang boleh menjadi pengarah SM Entertainment seterusnya. Jawabnya,

Suho sedang cuba menjadi pengarah sejak sekian lama.

xiumin exo

Apabila ditanya apa yang dia mahukan sekiranya ketua EXO itu benar-benar menjadi pengarah, selorohnya,

Tolong tukar kereta yang dibawa untuk memenuhi jadual seni kepada yang lebih baik. Mungkin dia akan lakukannya untuk saya.

Dalam pada itu, Xiumin memilih Sehun sebagai ahli yang menjaganya dengan baik. Pujinya,

Dia yang paling muda tapi dia bukan seperti itu. Dia berlainan dari saya. Sehun ialah ‘maknae on top’ dalam EXO. Dia setia dan hebat.

xiumin exo

Kongsinya mengenai kebaikan ahli termuda itu,

Sehun membuat kemunculan istimewa semasa saya sedang merakam video muzik.

Ulas lelaki itu lagi,

Sehun selalu menjaga saya. Apabila difikirkan, saya pula mahunya menjaganya dengan lebih lagi.

Seronok lihat hubungan rapat kesemua ahli EXO.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...