Ikuti Kami:

“Akan Berlaku Tidak Lama Lagi..” – Peminat Teruja, Sehun Dedah EXO Akan Buat Comeback?

“Akan Berlaku Tidak Lama Lagi..” – Peminat Teruja, Sehun Dedah EXO Akan Buat Comeback?

Sudah lama menyepi sebagai kumpulan penuh, pasti ramai peminat menantikan muzik baharu dari EXO!

Terbaru pada 26 September, Xiumin EXO telah mengadakan sidang media untuk pelancaran solo albumnya “Brand New”. Memberi sokongan buat rakan ahlinya itu, Se-hun telah menjadi pengacara di majlis pelancaran tersebut.

Ketika sedang berborak, kedua mereka ditanya sama ada EXO akan bersiap sedia untuk membuat kemunculan semula secara berkumpulan, memandangkan mereka sudah lama tidak mengeluarkan lagu baru.

Sebagai respon, Xiumin meluahkan perasaannya,

Saya telah lama berehat sebagai penyanyi. Sangat sukar untuk membuat promosi sebagai kumpulan disebabkan pendaftaran tentera ahli EXO lain. Saya mahu mengeluarkan album solo dan bertemu peminat saya, dan saya mahu menunjukkan diri saya sebagai penyanyi. Namun, saya benar-benar ingin melakukan aktiviti EXO. Saya mahu bekerjasama secepat mungkin.

Kemudian, Se-hun menambah keterujaan peminat dengan mengatakan,

Ini hanya pendapat saya, tetapi saya fikir kemunculan semula EXO akan berlaku tidak lama lagi.

Dalam pada itu, Xiumin EXO telah kembali dengan album solo baru berjudul “Brand New”, serta judul lagu yang sama.

Jangan lupa dengarkan lagu Xiumin “Brand New” di atas!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...