Ikuti Kami:

Suho EXO, Lee Kyuhyung, Lee Sangyi & Ramai Lagi Akan Bergandingan Dalam Rancangan Hiburan Terbaru

Suho EXO, Lee Kyuhyung, Lee Sangyi & Ramai Lagi Akan Bergandingan Dalam Rancangan Hiburan Terbaru

Wah, makin banyak rancangan hiburan yang bakal menjengah kita tidak lama lagi. Terbaru, dikhabarkan terdapat satu lagi rancangan hiburan iaitu, “If You Go Just Once, Australia”, bakal bertemu dengan penonton.

Menurut sumber, rancangan hiburan ini akan menampilkan beberapa pelakon muda Korea. Ha, ini confirm korang suka! Pelakon-pelakon ini dikatakan sedang berbincang dengan lebih lanjut untuk tampil dalam rancangan hiburan tersebut. Antaranya adalah, Suho EXO, Lee Kyu-hyung, Lee Sang-yi, Lee Yoo-young, Im Ji-yeon, dan Cha Seo-won.

“If You Go Just Once, Australia”, adalah satu rancangan hiburan yang membawa konsep healing, di mana para pelakon akan berangkat ke Australia dan cuba membina satu hubungan persahabatan baru. Dalam pada itu, mereka juga dijangka untuk memberikan satu perasaan dan suasana yang ceria dan nyaman antara satu sama lain agar dapat mencapai konsep yang dibawa. suhoRancangan hiburan ini bakal melakukan penggambaran di Queensland, Australia pada Spetember ini. Melihat kepada para pelakon yang bakal menjadi teraju, kesemua mereka merupakan bekas pelajar dari Korea National University of Arts.

Rupa-rupanya, Suho, Lee Sang-yi, Lee Yoo-young dan Im Ji-yeon pernah berkawan, manakala Lee Kyu-kyung dan Lee Sang-yi pernah tampil bersama dalam “Gentleman’s Guide”. Dek kerana itu, keserasian dalam hubungan persahabatan baru mereka, menerima jangkaan yang tinggi daripada peminat.

Korang rasa, dorang boleh cepat serasi tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...