Ikuti Kami:

Sehun EXO Teruja Dapat Trak Makanan Tanda Sokongan Suho & Chanyeol

Sehun EXO Teruja Dapat Trak Makanan Tanda Sokongan Suho & Chanyeol

Sehun EXO teruja ‘hyung-hyung’ hantarkan trak makanan di set penggambaran terbarunya. Omoo-omoo!

Baru-baru ini, kecoh di platform media sosial apabila peminat mula update mengenai perkembangan terbaru Sehun EXO. Rupa-rupanya peminat pun tumpang teruja apabila Sehun memuat naik gambar, hyung nya, Suho EXO dan juga Chan-yeol EXO menghantar trak makanan di set penggambaran.suhoMelalui perkongsian Sehun di akaun Instagram rasminya, dia amat teruja dan berterima kasih kerana menerima sokongan yang berterusan oleh ahli lain. Bukan setakat Suho dan Chan-yeol je tau, Sehun turut mendapat trak makanan daripada hyung tinggi lampai, Lee Kwang-soo.

Dalam pada itu, Sehun kini sedang menjalani penggambaran bagi siri TVING yang akan datang, “Love, Do It”, yang mengisahkan mengenai siri romantis anak muda. Sehun turut bergandingan dengan beberapa artis lain seperti Jang Yeo-bin, Jo Joon-young dan ramai lagi.sehunTak sabar ek nak tunggu lakonan Sehun yang baru ni… Masa dia berlakon dalam “Now, We Are Breaking Up”, Sehun charming betul kan! Apa agaknya personaliti Sehun untuk siri terbaru ni?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...