Ikuti Kami:

Jadi Pelajar Sekolah Menengah Sempurna, Sehun EXO Sah Terajui ‘Love, Do It’

Jadi Pelajar Sekolah Menengah Sempurna, Sehun EXO Sah Terajui ‘Love, Do It’

Adakah Sehun EXO bakal menerajui sebuah drama TVING nanti?

Menurut laporan media, idola itu akan membawa watak utama untuk drama asal “Love, Do It”. Ia membawa cerita hubungan persahabatan yang kuat dan kisah cinta yang serius mengenai pelajar berusia 18 tahun yang tidak boleh melepaskan rakan dan cinta.

Sehun dilamar membawa watak Go Yoo, iaitu pelajar tahun kedua sekolah menengah dan seorang lelaki yang menarik dan ketinggiannya terus bertambah hari demi hari. Sering mendengar bahawa dia si genius dalam bola keranjang, dan mampu mencapai kesemuanya secara sederha walaupun tak belajar. Dia tidak mempunyai masa untuk bercinta dek sibuk melindungi Jun-hee. Tapi disebabkan sindrom ‘cellular memory’ yang dialami selepas memberikan buah pinggang untuk Jun-hee, dia mula bersaing dengan rakannya itu dan  mengejar ‘pelar pertama di sekolah’ dan ‘cinta pertama’ So-yeon.

sehun exo

Jawab agensinya,

Sehun akan muncul dalam drama ‘Love, Do It’.

“Love, Do It” akan memulakan penggambaran pada April dan ditayangkan dalam tahun ini juga.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...