Ikuti Kami:

“Sungguh Tak Masuk Akal” – Satu Babak ‘My Liberation Notes’ Ini Dipersoal Merepek

“Sungguh Tak Masuk Akal” – Satu Babak ‘My Liberation Notes’ Ini Dipersoal Merepek

Ada tak yang dah menonton episod awal “My Liberation Notes” yang baru ditayangkan beberapa hari lalu?

Menjadi bualan ramai kerana plotnya yang menyentuh rapat mengenai isu yang dialami ramai orang, ianya menjadi perhatian kini dek satu dialog yang tak masuk akal.

Kim Ji-won yang membawa watak Yeom Mi-jeong merupakan seorang yang sering berseorangan di pejabat. Disebabkan itu, rakan sepejabat kadang-kadang sering bergosip mengenainya. Antara yang dikatakan oleh mereka ialah mengenai rupa wanita itu yang biasa-biasa sahaja apabila setiap ciri wajahnya seperti hidung, mata dan mulut dilihat secara berasingan.

jtbc my liberation notes

Meluahkan rasa tidak percaya apabila drama ini ‘memaksa’ naratif bahawa tiada apa yang menarik pada wajah Kim Ji-won, dialog berkenaan mula tular di serata komuniti dengan kapsyen,

Plot di mana wajah ini dikatakan biasa sahaja adalah sangat kelakar sampaikan tersumbat hidung saya (kerana gelak kuat). (Dengan rupa sebegitu) Sekiranya berjalan di Garosu-gil selama sejam, sudah pasti dia akan mendapat banyak kad agensi hiburan sehingga boleh dijadikan akordion.

jtbc my liberation notes

Tambah komen lain yang turut bersetuju,

Terkejut saya mendengarnya.

 

Wajahnya sangat cantik, apa yang biasanya…

 

Rupanya terlalu cantik sampai saya tak boleh fokus.

 

Drama ini best.

 

Punyalah tak masuk akal ayat ini sampaikan saya tutup TV.

 

Babak yang paling tak difahami.

Ada ke kata Kim Ji-won tak cantik..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...