Utama Drama Korea Ungkap Kehidupan Realistik, Episod Awal ‘My Liberation Notes’ Raih Rating Biasa

Ungkap Kehidupan Realistik, Episod Awal ‘My Liberation Notes’ Raih Rating Biasa

jtbc my liberation notes

Seronok juga menonton K-Drama yang realistik kan? Tidak hanya menampilkan kisah berbunga, namun ianya menyentuh segala isu dihadapi dalam masyarakat yang jarang disuarakan dalam dunia nyata. Sama seperti “My Liberation Notes” yang baru ditayangkan ini.

Sinopsis

“My Liberation Notes” mengisahkan tentang tiga beradik yang ingin melarikan diri dari kehidupan mereka yang menyesakkan dan peristiwa yang berlaku apabila orang luar yang misteri datang ke bandar mereka.

Bermula kelam

[Amaran SPOILER]

Episod awal ini menampilkan tiga beradik iaitu Mi-jeong, Gi-jeong dan Chang-hee yang mempunyai pelbagai masalah seperti susah berhubungan bersama orang lain, cinta yang mula pudar, tempat kerja yang toksik serta bosan dengan kehidupan normal di bandar sunyi itu.

jtbc my liberation notes

Menerusi watak ini, penonton disajikan dengan dilema realistik yang dialami dalam dunia sebenar.

Rating biasa

Merupakan pengganti “Forecasting Love & Weather”, “My Liberation Notes” tidak dapat mencipta sejarah seperti drama berkenaan. Walau bagaimanapun, episod perdananya berjaya meraih rating yang agak memuaskan iaitu 2.9% dan meningkat sedikit kepada 3% dalam episod kedua.

jtbc my liberation notes

Siapa yang minat drama kehidupan seperti ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Loading...