Ikuti Kami:

Suga BTS Umum Bakal Lancar Album Solo Rasmi Pertama ‘D-DAY’ April Ini

Suga BTS Umum Bakal Lancar Album Solo Rasmi Pertama ‘D-DAY’ April Ini

Selepas keluarkan video pratonton dokumentari “Suga: Road to D-DAY”, kini agensi umum kemunculan semula rapper itu!

Terkini, salah seorang ahli dari kumpulan BTS iaitu Suga bakal mengeluarkan album solo rasmi pertamanya “D-DAY” pada 21 April ini.

Menurut BigHit Music, album ini merupakan trilogi dari rapper itu, yang bermula dengan pita campurannya “Agust D” dan “D-2” dan akan menyelidik perjalanan peribadi Suga sebagai Agust D serta menggambarkan tentang kehidupannya sebagai seorang artis.

Helo,

Ini adalah BigHit Music.

Ahli BTS Suga akan melancarkan album solo rasmi pertamanya, ‘D-DAY’.

‘D-DAY’ menandakan bab penutup trilogi oleh nama Suga yang lain iaitu Agust D, menggantikan pita campuran sebelumnya, ‘Agust D dan ‘D-2’.  Album ini menyelidiki perjalanan peribadi Suga sebagai Agust D, menawarkan gambaran intim kehidupannya sebagai seorang artis.

Kami memohon kasih sayang dan sokongan peminat untuk bab terakhir triloginya.

Bermula dengan lagu pra-keluaran yang ditetapkan pada 7 April, Suga akan melibatkan diri dengan peminat melalui pelbagai kandungan, termasuk dokumentari dan jelajah dunia. Semasa Suga memulakan aktiviti solo rasmi pertamanya, kami memohon sokongan anda.

Prapesanan Bermula: Isnin, 3 April 2023 @ 10 PAGI
Tarikh Tayangan: Jumaat, 21 April 2023 @ 12 PM

Terima kasih.

Sedikit info, Suga juga bakal mengeluarkan dokumentarinya iaitu “Suga: Road to D-DAY” di Disney+ dan Weverse tidak lama lagi.

Makin sibuklah ARMY lepas ni dengan aktiviti Suga.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...