Ikuti Kami:

Selepas J-Hope, Suga BTS Bakal Lancar Dokumentari ‘SUGA: Road to D-DAY’ Di Disney+

Selepas J-Hope, Suga BTS Bakal Lancar Dokumentari ‘SUGA: Road to D-DAY’ Di Disney+

Akhirnya, kita dapat tengok perjalanan kehidupan Suga BTS menerusi dokumentari “SUGA: Road to D-DAY”.

Terbaru, Suga BTS telah mengeluarkan teaser untuk sebuah dokumentari yang akan datang bertajuk “SUGA: Road to D-DAY”.

Untuk maklumat, dokumentari ini akan mengisahkan tentang bagaimana kehidupan harian Suga serta menggambarkan falsafah muzik. Dokumentari “SUGA: Road to D-DAY” juga akan membawa penonton dalam perjalanan merentasi pelbagai bandar, termasuk Seoul, Tokyo, Las Vegas, Malibu, San Francisco dan banyak lagi.

suga: road to d-day

Dalam video pra-tonton “Mood Teaser” tersebut, Suga sedang berjalan-jalan pada waktu malam sambil menikmati keindahan dan dia berkata bahawa ini adalah kali pertama dia melakukan perkara sebegini,

Ini kali pertama saya berjalan di jalan ini. Saya sangat teruja sekarang. Setiap kali kami menamatkan persembahan, saya masuk ke dalam dan berkata ‘ah, saya penat’.

Tambahnya lagi,

Saya beritahu awak, ini adalah kali pertama dalam hidup saya melakukan ini. Saya belum pernah mencuba ini di Korea juga.

Untuk pengetahuan korang, Suga adalah ahli kedua BTS yang keluarkan dokumentari selepas J-Hope “j-hope IN THE BOX” pada Februari lalu.

Info tambahan, Suga kini sedang bersiap sedia untuk konsert jelajah solonya yang akan datang di bawah nama Agust D, yang bermula pada bulan depan di Amerika Syarikat dan diteruskan ke Indonesia, Thailand, Singapura, Seoul, dan Jepun.

ARMY mesti tak sabar nak tengok dokumentari “SUGA: Road to D-DAY” kan?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...