Ikuti Kami:

Suga BTS Dilantik Jadi Duta Global Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan NBA

Suga BTS Dilantik Jadi Duta Global Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan NBA

Nampaknya, akan ada banyak aktiviti Suga bersama NBA pada masa akan datang.

Terbaru, Suga telah diumumkan sebagai duta global buat Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan NBA, iaitu salah satu liga sukan profesional utama di Amerika Syarikat dan Kanada.

Seperti yang peminat tahu, Suga sebelum ini telah bertemu dengan pasukan NBA, Golden State Warriors, semasa perlawanan latihan yang diadakan di Jepun pada September 2022 dan pada awal tahun ini, ahli BTS itu dilihat menghadiri perlawanan Los Angeles Clippers.

https://twitter.com/btschartstudio/status/1643850546246467587?s=20

Dalam video yang dikongsi, Suga meluahkan perasaannya,

Helo, saya Suga.

Saya telah menjadi duta global NBA. Memandangkan saya sangat menyukai bola keranjang sejak saya muda, saya secara peribadi menganggapnya sebagai satu penghormatan dan saya akan terus menunjukkan kepada anda banyak perkara baru dengan NBA.

Tahniah Suga!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...