Sudah berusia 25 tahun, Jung-kook BTS pastinya melakukan banyak persiapan untuk masa depannya.
Terbaru menurut laporan eksklusif, Jung-kook dipercayai sudah merobohkan rumahnya di Itaewon yang dibeli tiga tahun lalu dan sedang membina rumah agam serba baru di lokasi yang sama.
Selain itu, ahli termuda BTS tersebut turut dikatakan telah menerima kebenaran untuk membina rumah agam di situ dari Pejabat Yongsan-gu pada Julai 2022 dan menyelesaikan perobohan rumah lama pada Disember tahun yang sama.
Untuk pengetahuan, Jung-kook membeli tanah tersebut dengan harga 5.8 juta dolar (RM 25,496,800) dan akan dibina untuk dua tingkat di bawah tanah, tiga tingkat di atas tanah, dengan keluasan lantai rumah itu seluas 12497.33 kaki².
Sementara itu, rumah agam Jung-kook juga dijangka akan siap sepenuhnya pada 31 Mei 2024 nanti.
Wuuu mesti cantik ni rumah baru Jung-kook!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉