Impian peminat untuk menyaksikan Suga membuat persembahan secara langsung bersama Psy bagi lagu “That That” akhirnya tercapai!

Pada 16 Julai, Suga BTS telah membuat kemunculan mengejut di konsert Psy “SUMMER SWAG 2022” di Seoul, di mana dia menyertai Psy di atas pentas untuk mempersembahkan single kolaborasi hit mereka “That That”.
Untuk pengetahuan, sebelum ini Psy mempersembahkan lagu itu secara sendirian sepanjang keseluruhan promosi, yang bermaksud, konsert itu menandakan kali pertama Suga dan Psy menyanyikan lagu “That That” bersama-sama secara langsung.
YOONGI PERFORMING THAT THAT IN PSY'S CONCERT
pic.twitter.com/K2SD98HBwM— BTS Through Years⁷ (@btsthroughyears) July 16, 2022
Dalam pada itu, “That That” ialah lagu yang diterbitkan oleh Suga selain menampilkannya sebagai penyanyi. Bukti populariti kedua penyanyi itu, single itu telah berjaya menyapu bersih carta muzik domestik dan antarabangsa selepas dikeluarkan sebagai lagu utama album terbaru PSY “PSY 9th” pada bulan April lepas.
Fuh, meriah betul!