Ikuti Kami:

Psy ‘That That’ (Feat. Suga BTS) Jadi Muzik Video Pertama 2022 Raih 200 Juta Tontonan

Psy ‘That That’ (Feat. Suga BTS) Jadi Muzik Video Pertama 2022 Raih 200 Juta Tontonan

Psy telah membuktikan gelarannya sebagai ‘King of K-Pop’!

Pada 2 Jun, muzik video bagi lagu Psy “That That” (Prod. & feat. Suga BTS) telah berjaya meraih lebih 200 juta tontonan di YouTube. Ia mengambil masa hanya 34 hari untuk mencapai kejayaan ini, sejak ia dikeluarkan pada 29 April lepas.

Tambahan, “That That” juga ialah muzik video Korea pertama pada tahun 2022 dan muzik video ketujuh Psy yang telah mencapai 200 juta tontonan.

Untuk pengetahuan, “That That” merupakan judul lagu bagi album ke-9 Psy “PSY 9th Ssada9”, yang turut menampilkan lagu kolaborasi bersama penyanyi popular lain seperti Jessi, Heize, Hwasa dan ramai lagi.

Jom dengarkan lagu “That That” sekali lagi!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...