Ada berita gembira buat peminat Psy di Malaysia!
Penyanyi yang baru sahaja kembali dengan album baharu “Psy 9th” serta judul lagu “That That” iaitu Psy, telah disahkan akan datang ke Malaysia tidak lama lagi.
Untuk pengetahuan, Psy akan membuat persembahan di acara ‘SVO Grand International Fiesta’ yang akan diadakan di Litar Antarabangsa Sepang pada 3 Jun akan datang.
https://twitter.com/MsiaKPOPfans/status/1527468279043747840
Bagaimanapun, acara itu dilaporkan merupakan acara peribadi dan persembahan komersial tertutup yang hanya boleh dihadiri oleh mereka yang dijemput sahaja.
Takpe, korang tetap boleh sokong Psy!
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




