Utama K-Pop “Saya Tak Suka Buat Persembahan Tanpa Penonton” – Psy Hampir Tak Promosi...

“Saya Tak Suka Buat Persembahan Tanpa Penonton” – Psy Hampir Tak Promosi Di Acara Muzik

psy

Pada siaran 13 Mei program “Yoo Hee-yeol’s Sketchbook”, Psy telah hadir sebagai tetamu bagi mempromosikan album penuh terbaharunya.

Pada awalnya, Psy berkongsi bahawa dia sangat gembira apabila mendengar daripada Yoo Hee-yeol bahawa auditorium program itu akan dibuka buat penonton. Selepas membuka pentas dengan lagunya “Champion”, penyanyi itu nampak seronok berkomunikasi dengan penonton yang memenuhi tempat duduk.

Apabila MC Yoo Hee-yeol bertanya tentang perasaannya,

Sudah lama kamu tidak melakukan ini, kan?

Psy menjawab,

Saya fikir saya mungkin tidak dapat menyertai rancangan muzik semasa promosi album ini.

psy that that

Sambungnya,

Kerana saya tidak begitu suka berdiri di atas pentas tanpa penonton. Persembahan saya akan jadi sempurna hanya apabila kami melakukannya bersama-sama seperti ini.

Dia membuat semua orang ketawa dengan menambah,

Jika saya melakukannya seorang diri, ia nampak sama seperti kanak-kanak yang gempal bergerak dengan pantas.

Yelah kan, kalau ada penonton mesti lagi bersemangat.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERNewsen
Loading...