Ikuti Kami:

PSY Umum Judul Lagu ‘That That’ Akan Datang Dihasilkan Oleh Suga BTS

PSY Umum Judul Lagu ‘That That’ Akan Datang Dihasilkan Oleh Suga BTS

Akhirnya! Psy akan kembali dengan album baharu buat peminat tidak lama lagi.

Pada 14 April, Psy telah mengeluarkan poster kemunculan semula dan senarai lagu untuk album kesembilannya yang akan datang “PSY 9th Ssada9”, yang merupakan frasa singkatan yang bermaksud ‘album kesembilan PSY yang pelbagai’ dalam bahasa Korea. Poster album PSY memaparkan karikatur dirinya menggunakan gaya dan ekspresi tandatangannya.

Selain itu, enam daripada lagu dalam album tersebut akan menampilkan artis hebat seperti Heize, Jessi, Sung Si-kyung, Hwasa MAMAMOO, Crush dan Tablo. Fuh makin tak sabar ni!

Menambah keterujaan apabila Psy turut mendedahkan bahawa judul lagu bertajuk “That That” dalam album ke-9nya itu, telah dihasilkan oleh Suga BTS.

Dalam satu video temu bual yang dikeluarkan, suara Suga BTS akan turut dimasukkan dalam sebahagian daripada lagu “That That” yang dihasilkannya itu.

Jangan lupa nantikan keluaran album penuh Psy pada 29 April ini jam 5 petang!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...