Ikuti Kami:

Sudah Setahun Sejak ‘My Name’ Mula Tayang, Pelakon Adakan Reunion Bersama

Sudah Setahun Sejak ‘My Name’ Mula Tayang, Pelakon Adakan Reunion Bersama

Pejam celik pejam celik, sudah setahun siri popular Netflix “My Name” mula bersiaran.

Bagi yang belum tahu, “My Name” ialah drama terbitan Netflix yang menceritakan kisah Ji-woo yang menyertai pasukan polis sebagai seorang pengintip untuk organisasi pengedaran dadah, bagi membongkar rahsia sebenar di sebalik kematian ayahnya. Ianya dibintangi pelakon hebat seperti Han So-hee, Park Hee-soon, Kim Sang-ho, Ahn Bo-hyun, Lee Hak-joo dan Jang Yul.

Ditayangkan pada 15 Oktober 2021, drama berkenaan sudah pun genap setahun sejak ia mula menemui penonton.

Terbaru pada 15 Oktober 2022, pelakon “My Name” iaitu Han So-hee, Ahn Bo-hyun, Park Hee-soon dan Lee Hak-joo telah sama-sama pergi ke sebuah kafe bagi menyambut ulang tahun pertama drama tersebut. So sweet!

Menerusi foto dan video yang dikongsi peminat, kesemua mereka kelihatan rancak berborak bersama peminat, memberi tandatangan dan bermacam lagi.

Rasa macam nak marathon lagi sekali drama ni!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...