Ikuti Kami:

Sudah Separuh Tayangan, Rating ‘Moon In The Day’ Kekal 1% Sahaja

Sudah Separuh Tayangan, Rating ‘Moon In The Day’ Kekal 1% Sahaja

Perasan tak banyak drama Korea yang sukar nak mencapai rating yang tinggi kini?

Antara drama yang sering disebut ramai namun gagal merebut angka rating yang baik ialah “Moon In The Day”, lakonan Pyo Ye-jin dan Kim Young-dae. Walaupun mengetengahkan plot kelahiran semula dan fantasi tapi ianya disambut sepi oleh penonton.

Setakat tayangan 7 episod hingga kelmarin, drama itu hanya mampu berpuas hati dengan catatan dalam lingkungan sahaja. Malah episod sebelumnya mencatatkan rating terburuk iaitu 1.3% sebelum menaik ke 1.4% ketika tayangan semalam.

moon in the day

Bagi yang tidak mengetahui, “Moon In The Day” mengisahkan tentang perjalanan cinta yang menyayat hati dan telah tersimpan selama 1500 tahun. Drama ini akan memaparkan bagaimana seorang lelaki yang berulang-alik dari masa lalu dan masa kini demi mencari kekasih hatinya yang sering hilang.

Tak best ke korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...