Ikuti Kami:

Takdir Berbelit Dek Kelahiran Semula, Pyo Yejin & Kim Youngdae Ulas Sebab Perlu Tonton ‘Moon In The Day’

Takdir Berbelit Dek Kelahiran Semula, Pyo Yejin & Kim Youngdae Ulas Sebab Perlu Tonton ‘Moon In The Day’

Sudah pun memulakan tayangan, rata-rata penonton memberikan respon yang positif buat drama Korea terbaru di Viu iaitu “Moon In The Day”.

Dalam sebuah temubual istimewa bersama media Asia Tenggara termasuk Kimchi Daily, para pelakon utama iaitu Pyo Ye-jin dan Kim Young-dae telah menceritakan lebih lagi mengenai kisah di sebalik tabir drama ini.

Menurut keduanya, walaupun ada rasa terbeban untuk menerajui drama besar ini namun mereka menganggap ia suatu cabaran baru,

Ianya agak terbeban tapi saya mahu mengubah tenaga itu kepada suatu perasaan bertanggungjawab.

Tambah Pyo Ye-jin pula,

Disebabkan oleh perhatian penuh dari peminat K-Drama, kami lebih bertenaga untuk memberikan persembahan terbaik.

moon in the day

Kim Young-dae turut berulang kali bertegas bahawa “Moon In The Day” banyak memberikan falsafah baru buatnya,

Saya banyak mendapat pelajaran baru menerusi drama ini dan saya akan tetap memilih untuk membintanginya jika diberi peluang yang sama.

Bagi Pyo Ye-jin, “Moon In The Day” merupakan titik perubahan baru buatnya dan dia merasa kekuatan apabila menerajui siri ini dan akan melakukan terbaik bagi menyampaikannya buat penonton.

Apabila ditanya mengenai apa kunci utama yang boleh diambil oleh penonton yang menonton cerita ini, jawab kedua-dua mereka seiring ‘kelahiran semula’, ‘cinta’ dan ‘takdir’.

Bagi yang belum menonton, “Moon In The Day” mengisahkan tentang perjalanan cinta yang menyayat hati dan telah tersimpan selama 1500 tahun. Drama ini akan memaparkan bagaimana seorang lelaki yang berulang-alik dari masa lalu dan masa kini demi mencari kekasih hatinya yang sering hilang.

Cepat tonton episod baru pada setiap minggu di Viu!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...