Apa, Hyun-a dan Dawn keluar bersama ketika berada di Paris?
BACA: Disebabkan Persamaan Ini, Hyuna & Dawn Dipercayai Sudah Kembali Bersama?
Baru-baru ini, penyanyi Hyun-a telah menghadiri acara pertunjukkan fesyen untuk jenama Christian Louboutin di Paris. Kemudian, dia juga mengambil gambar di sekitar Paris dan memuat naik di Instagram miliknya.
Pada masa yang sama, bekas teman lelaki Hyun-a iaitu Dawn turut menghadiri pertunjukan fesyen Paris untuk jenama Off White, Givenchy dan Valentino bersama keluarga labelnya.
View this post on Instagram
Disebabkan Hyun-a dan Dawn berada di Paris pada waktu yang sama, ramai peminat berteka-teki adakah mereka berdua keluar bersama.
Bagaimanapun, wakil dari pihak Hyun-a dan Dawn hanya memberikan jawapan yang samar-samar bahawa bekas pasangan itu hanya bertemu dan keluar makan bersama.
Untuk yang belum tahu, Hyun-a dan Dawn telah berpisah pada bulan November tahun lepas disebabkan perkara yang tidak didedahkan.
Ermm..
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉