Utama Celebrity News Disebabkan Persamaan Ini, Hyuna & Dawn Dipercayai Sudah Kembali Bersama?

Disebabkan Persamaan Ini, Hyuna & Dawn Dipercayai Sudah Kembali Bersama?

hyuna dawn

Sudah lama bercinta, pasti ramai peminat masih tidak percaya bahawa pasangan Hyun-a dan Dawn kini tidak bersama lagi.

Bagi yang belum tahu, Hyun-a dan Dawn mula bercinta pada 2016 dan mereka tidak pernah segan untuk memaparkan hubungan mesra mereka kepada orang ramai. Namun pada 30 November 2022, Hyun-a mengumumkan bahawa mereka telah berpisah dan memutuskan untuk hanya menjadi kawan serta rakan sekerja yang baik.

Baru-baru ini, Hyun-a telah berkongsi fotonya di laman Instagram, di mana penyanyi itu dilihat tampil dengan aksesori di bahagian bibir bawahnya. Tahun lalu, Dawn juga menyiarkan gambarnya dengan tindik di tempat yang sama.

Oleh itu, ramai yang membuat spekulasi bahawa kedua-kedua mereka mungkin telah kembali bersama.

dawn hyuna

Bagaimanapun, khabar angin itu akhirnya reda selepas pihak Hyun-a menafikannya dengan menjelaskan,

Khabar angin tentang pertemuan semula Hyun-a dengan Dawn adalah tidak benar. Bagaimanapun, kedua-dua mereka masih mengekalkan hubungan baik seperti kawan, dengan makan dan meluangkan masa bersama.

Move on lah guys..

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

SUMBERWiki Tree
Loading...