Ikuti Kami:

Sudah Mula Ditayangkan, Jung Hoyeon Beri Sokongan Buat Kim Minha Untuk ‘Pachinko’

Sudah Mula Ditayangkan, Jung Hoyeon Beri Sokongan Buat Kim Minha Untuk ‘Pachinko’

Bintang “Squid Game” Jung Ho-yeon telah memberi sokongan buat rakan pelakon Kim Min-ha di Instagram!

Bagi yang belum tahu, Kim Min-ha ialah pelakon berusia 26 tahun, merupakan salah satu bintang utama dalam siri Apple TV+ “Pachinko” yang sangat dinanti-nantikan, turut menampilkan pelakon terkenal Lee Min-ho, pemenang Oscar Youn Yuh-jung, warga Jepun-New Zealand Anna Sawai, Jung Eun-chae, bintang “Devs and Love Life” Jin Ha dan ramai lagi.

Mengusik peminat dengan keluaran yang ditunggu-tunggu, Kim Min-ha telah memuat naik foto poster rasmi drama ini di Instagram miliknya dengan menulis kapsyen,

Bersedia untuk ini?

jung hoyeon kim minha

Selain peminat dan penonton yang teruja menonton “Pachinko”, bintang “Squid Game” Jung Ho-yeon turut memberi sokongannya terhadap Kim Min-ha dengan berkongsi poster rasmi itu di media sosialnya. Di samping itu, dia juga menambah mesej khas, menggembirakan rakan pelakon itu menjelang tayangan perdana dunia siri tersebut. Sambil membayangkan bahawa dia tidak sabar menunggu pelancaran yang dinanti-nantikan, pelakon dan model itu menulis,

Ya saya sudah bersedia! Pergilah menguasai dunia.

Sementara itu, “Pachinko” ialah drama berdasarkan novel karya penulis Korea-Amerika iaitu Lee Min-jin. Ianya membawa kisah impian dan harapan keluarga pelarian Korea yang meninggalkan negara asal mereka bagi mencari kehidupan dan kesejahteraan. Kim Min-ha akan memainkan watak Seon-ja ketika muda yang berdepan dengan perjuangan rakyat Korea yang tinggal di Jepun.

apple tv+ pachinko

Tonton “Pachinko” yang sudah mula ditayangkan di Apple TV+!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...