Ikuti Kami:

“Ia Pengalaman Baharu..” – Siri Dalam 3 Bahasa, Lee Minho & Kim Minha Ulas Tentang ‘Pachinko’

“Ia Pengalaman Baharu..” – Siri Dalam 3 Bahasa, Lee Minho & Kim Minha Ulas Tentang ‘Pachinko’

Siap sedia semua, drama “Pachinko” akan mula ditayangkan tak lama lagi!

Pada 17 Mac, telah berlangsungnya sidang media bagi pelancaran siri asal Apple TV+ iaitu “Pachinko”, di Los Angeles. Semua pelakon tampak segak bagi menyambut penonton yang sudah tidak sabar menantikan keluaran drama ini.

Untuk pengetahuan, “Pachinko” ialah drama berdasarkan novel karya penulis Korea-Amerika iaitu Lee Min-jin. Ianya membawa kisah impian dan harapan keluarga pelarian Korea yang meninggalkan negara asal mereka bagi mencari kehidupan dan kemakmuran. Lee Min-ho yang memainkan watak Han-su, dan Kim Min-ha yang memainkan watak Seon-ja ketika muda, berkongsi bahawa mereka menyertai produksi melalui uji bakat. Lee Min-ho berkongsi,

 Ia menyeronokkan kerana ia adalah pengalaman baharu. Pada masa itu, saya mula-mula bertemu dengan pelakon Min-ha, dan saya merasakan perasaan Seon-ja yang kuat ketika saya membaca skrip dan membayangkannya, jadi saya rasa itu meninggalkan kesan yang mendalam kepada saya.

Kim Min-ha turut berkongsi,

Saya mengikuti uji bakat selama 3-4 bulan. Saya terus cuba memahami bahagian yang difokuskan oleh Kim Min-ha untuk mengekspresikan Seon-ja. ‘Apa yang anda akan lakukan jika anda seorang Seon-ja?’ Saya fikir saya memberi tumpuan kepada situasi dan memberi tumpuan kepada emosi serta pemikiran yang dia ada ketika berada dalam situasi itu.

pachinko apple tv+

Lee Min-ho yang memegang watak Han-su mengulas tentang siri ini,

‘Pachinko’ mempunyai emosi yang merentasi sempadan, bahasa dan generasi, jadi saya pasti semua orang dapat merasakan emosi itu dan mengaitkannya dengan diri sendiri.

Kim Min-ha yang berperan sebagai Seon-ja ketika remaja turut menambah,

Saya benar-benar mahu penonton mengambil masa ketika menonton, agar mereka boleh mengingati tentang keluarga mereka dan dapat merasakan banyak cinta. Semasa mereka menontonnya, saya juga mahu mereka merasakan bahawa mereka tidak bersendirian apabila memasuki mod survival.

Tambahan, “Pachinko” ialah sebuah karya yang bermula dengan cinta terlarang, melukis kronik perang dan keamanan yang tidak dapat dilupakan, cinta dan perpisahan, kemenangan dan penghakiman, berulang-alik antara Korea, Jepun dan Amerika Syarikat. Drama ini turut dibintangi Soji Arai, Jin-ha, Jung In-ji, Kaho Minami, Jimmy Simpson, Yoon Yuh-jeong dan ramai lagi bintang hebat.

pachinko apple tv+

Nantikan tayangan “Pachinko” pada 25 Mac ini di Apple TV+!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...