Ikuti Kami:

Drama Lakonan Lee Minho ‘Pachinko’ Dibanjiri Pujian Media Luar Negara

Drama Lakonan Lee Minho ‘Pachinko’ Dibanjiri Pujian Media Luar Negara

Belum lagi ditayangkan namun siri asal Apple TV+ iaitu “Pachinko” sudah pun menerima pujian daripada media luar negara.

Baru-baru ini, pelbagai review mengenai drama itu telah ditulis oleh banyak outlet media. Menurut media Hollywood iaitu Collder, “Pachinko” digambarkan sebagai drama yang indah dan memberikan skor A+.

Pengkritik Alan Sheppinwall mengatakan bahawa ia memuaskan dan bermakna dalam tulisannya buat The Rolling Stones.

apple tv+ pachinko

The Hollywoos Reporter pula memuji “Pachinko” sebagai berkuasa, menyentuh hati dan tidak dimamah waktu.

Manakala media British iaitu “Evening Standard” berkongsi bahawa siri itu ialah sebuah karya agung yang akan menyentuh perasaan seluruh dunia dan memberikannya skor sempurna.

Dalam pada itu, rata-rata media itu memberikan komen positif buat lakonan yang ditampilkan oleh pelakon memandangkan ia mampu meraih simpati ramai.

apple tv+ pachinko

Berdasarkan novel karya penulis Korea-Amerika iaitu Lee Min-jin, “Pachinko” membawa kisah impian dan harapan keluarga pelarian Korea yang meninggalkan negara asal mereka bagi mencari kehidupan dan kemakmuran.

Kepada yang tak sabar menanti, “Pachinko” akan mula bersiaran bermula 25 Mac ini menerusi Apple TV+.

Tak sabar nak tengok!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...