Ikuti Kami:

Sudah 10 Tahun Dalam Industri Seni, Ini Kejayaan Hebat Dicapai Oleh BTS

Sudah 10 Tahun Dalam Industri Seni, Ini Kejayaan Hebat Dicapai Oleh BTS

Pejam celik pejam celik kumpulan idola terkenal iaitu BTS telah menyambut ulang tahun mereka yang ke-10 hari ini .

Bagi menyambut ulang tahun debut mereka, KimchiDaily ingin kongsikan antara kejayaan hebat mereka sepanjang 10 tahun aktif sejak debut.

Anugerah Daesang 

Anugerah Daesang BTS

Buat pertama kali, BTS telah memenangi anugerah utama pada 2016 iaitu Album of the Year di Anugerah Muzik Melon dan Artist of the Year di MAMA (Mnet Asian Music Awards). Disebabkan kejayaan mereka memenangi anugerah utama di majlis berprestij di Korea, BTS telah berpeluang untuk melangkah lebih jauh dalam dunia hiburan.

Anugerah Billboard 

Selepas kejayaan mereka di Korea, BTS telah menjadi kumpulan K-Pop pertama yang memenangi anugerah Top Social Artist pada tahun 2017 dan berjaya mengalahkan penyanyi terkenal iaitu Justin Bieber pada ketika itu.

Billboard Music Award BTS

Untuk maklumat, kumpulan itu masih memegang takhta tersebut sehingga tahun 2022. Selain itu, mereka juga memenangi beberapa kategori lain di anugerah tersebut. Antaranya adalah, Top Duo/Group, Top Song Sales Artist dan Top Selling Song.

Anugerah Muzik Amerika (AMA)

Selain itu, kumpulan tersebut turut membawa pulang beberapa anugerah dari Anugerah Muzik Amerika (AMA) selama 5 tahun berturut-turut.

American Music Award BTS

Antara kategori yang dimenangi BTS adalah Artist of the Year, Favourite Duo Pop dan Favourite Song Pop dengan lagu hit mereka iaitu “Butter” pada tahun 2021.

Anugerah Grammy

Untuk pengetahuan korang, BTS pernah di jemput untuk menjadi penyampai anugerah di acara Grammy pada tahun 2019. Kemudian, kumpulan tersebut meneruskan usaha dan impian mereka untuk tercalon dalam anugerah muzik berprestij itu.

Pada tahun 2021, mereka tercalon buat pertama kalinya dalam anugerah Grammy dengan single pertama bahasa Inggeris mereka iaitu “Dynamite” yang dikeluarkan pada Ogos 2020. Pencapaian itu menjadikan BTS sebagai artis K-Pop pertama yang pernah dicalonkan untuk Grammy. Walaupun kumpulan itu tewas dengan lagu “Rain On Me” dari Lady Gaga dan Ariana Grande tetapi pencalonan mereka membuka jalan untuk lebih banyak kejayaan Grammy pada masa hadapan.

BTS Grammy

Beri Ucapan Di United Nation

Seperti yang kita tahu, BTS terkenal dengan lagu yang memfokuskan tentang kesihatan mental yang sering di alami oleh remaja kini. Sesuai dengan konsep “Love Yourself”, kumpulan tersebut dijemput untuk memberi ucapan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) pada tahun 2018.

BTS UN

Sebagai kumpulan Korea Selatan pertama yang berucap pada sesi Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu, kumpulan itu, yang diwakili oleh RM, bercakap kepada belia di seluruh dunia tentang menerima kepelbagaian dan bercakap untuk diri sendiri.

Pada September 2021, BTS membuat lawatan kedua ke ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York sebagai utusan khas presiden. Mengiringi presiden Korea Selatan ke Perhimpunan Agung PBB, kumpulan itu memberikan ucapan untuk mengatasi cabaran wabak pandemik.

Lawatan ke White House

BTS White House

Selepas kejayaan mereka di seluruh dunia, BTS dijemput ke Washington, D.C., untuk sidang akhbar. Di sana, mereka memberi ucapan pembukaan semasa taklimat akhbar tentang kepentingan menentang jenayah kebencian anti-Asia dan juga mengadakan pertemuan selama 35 minit dengan Presiden Joe Biden di Pejabat Oval.

Lagu Pertama BTS No.1 Di Billboard Hot 100 

Billboard hot 100 BTS

Pada tahun 2020, lagu “Dynamite” telah menduduki no.1 di carta Billboard Hot 100 dan menjadikannya lagu pertama oleh artis Korea Selatan yang berbuat demikian. Lagu hit itu juga berjaya memecahkan rekod dalam carta Global Billboard dan carta Jualan Lagu Digital.

Ha, terlalu banyak kejayaan yang dibawa oleh kumpulan BTS sehingga kini. Apa-apa pun, selamat ulang tahun yang ke-10 BTS dan semoga terus berjaya sampai bila-bila!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...