Utama Tempatan “Suara & Tarian Lagi Hebat Dari Negara Sebelah” – Pelatih Malaysia Dalam...

“Suara & Tarian Lagi Hebat Dari Negara Sebelah” – Pelatih Malaysia Dalam Program Realiti Idola Korea Dipuji

alyssa

Bangga lah bila ada wakil Malaysia yang menyertai program realiti idola di Korea!

Bagi yang tidak mengetahui, terdapat peserta tunggal dari negara kita yang tersenarai dalam 81 calon untuk program “Universe Ticket”.

Meskipun tiada maklumat lanjut mengenai Alyssa, namun ramai yang berjaya mencari video lamanya bersama kru tarian lokal. Dengan badan tinggi lampai, gerak tari gadis itu nampak lemah gemalai dan mampu membawa tarian K-Pop dengan baik.

Terbaru, program itu telah mendedahkan sedikit persembahan Alyssa untuk tatapan umum. Menyanyikan lagu Chungha ‘Roller Coaster’ ternyata semua tidak terlepas dari meninggalkan pujian buatnya. Bahkan ramai terkejut mendengar suara lunak gadis tersebut.

@universeticket_sbs #universeticket #universeticket_sbs #universeticket_alyssa ♬ suara asli – UNIVERSE TICKET

Komen peminat lokal,

Dia ada rupa Bahiyyih Kep1er.

 

Malaysia punya vokal dan tarian lagi elok dari negara sebelah.

 

Saya rasa semua setuju Alyssa patut debut sebab suara dia sedap.

 

Malaysia boleh!

 

Dia banyak kali sangat kelip mata..

Cantik!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Loading...