Ikuti Kami:

“Suara Idola Sekarang Semua Sama Je, Tak Boleh Beza..” – g.o.d

“Suara Idola Sekarang Semua Sama Je, Tak Boleh Beza..” – g.o.d

Tak dinafikan yang sekarang ni makin ada ramai idola berbakat dalam industri hiburan Korea.

Baru-baru ini, Son Ho-young dan Park Joon-hyung g.o.d telah muncul sebagai tetamu dalam saluran YouTube ‘Jae Friends’, yang dihoskan oleh Kim Jae-joong.

Khususnya dalam siaran itu, mereka sempat mengenang kembali tahun awal mereka dalam industri hiburan dan turut bercakap tentang perbezaan idola sekarang dari idola generasi pertama. Son Ho-young membuka topik dengan berkata,

Bahagian paling sukar bagi saya ialah memikirkan siapa yang menyanyi bahagian mana. Apabila awak dengar lagu mereka, susah nak membezakan siapa yang nyanyi bahagian tertentu. Saya tidak dapat ‘cam’ suara mereka.

Hurainya lagi,

Pada masa lalu, bila awak dengar je lagu, awak akan segera tahu ahli mana yang menyanyi. Tetapi sekarang, suara mereka sangat serupa.

Tambah Park Joon-hyung,

Tetapi kami tahu kumpulan mana yang dari SM Entertainment kerana mereka mempunyai gaya yang berbeza.

Meninjau laman komuniti dalam talian, netizen rata-rata bersetuju dengan ahli g.o.d itu dan menulis,

  • Setuju. Lagi-lagi kumpulan di bawah HYBE.
  • Ada sesetengah kumpulan boleh dibezakan dan ada yang tidak.
  • Semua pakai auto-tuned.
  • Betul apa yang dia cakap.

Pendapat korang pula?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   The Qoo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...