Ikuti Kami:

“Suara Hos Lagi Sedap..” – Jadi Bualan Netizen, Video LE SSERAFIM Kantoi ‘Lip-Sync’ Kembali Tular

“Suara Hos Lagi Sedap..” – Jadi Bualan Netizen, Video LE SSERAFIM Kantoi ‘Lip-Sync’ Kembali Tular

Nama LE SSERAFIM sekali lagi menjadi topik bualan hangat di kalangan netizen.

Tular di media sosial selepas seorang netizen memuat naik satu video ketika Kazuha, Sakura dan Eun-chae membuat kemunculan di rancangan “Kstar Next Door”.

Dalam video tersebut, ketiga-tiga ahli LE SSERAFIM itu dilihat telah melakukan gerakan bibir serta tidak menghabiskan nyanyian mereka ketika mereka melakukan persembahan disebabkan oleh ‘keadaan yang tidak dapat dielakkan’.

Pada masa itu keadaan tersebut tidak dijelaskan, namun kini netizen mempercayai bahawa ianya disebabkan oleh ketiga-tiga mereka tidak berasa yakin dengan kebolehan vocal mereka untuk menyanyi secara langsung.

Terutamanya kerana “Kstar Next Door” dikenali sebagai salah ratu rancangan yang memerlukan penyanyi idola untuk menyanyi secara ‘live’.

le-sserafim-kstar-next-door

Komen netizen selepas hantaran tersebut tular,

  • Kalau macam ni baik mereka jadi penari je..
  • Kelakarnya..
  • Tak dapat dielakkan? Hahaha..
  • Tak dapat dielakkan ke tak boleh menyanyi?
  • Memalukan betul..
  • Tiga-tiga tak boleh menyanyi..
  • Suara hos tu lagi sedap dari mereka.

Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   The Qoo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...