Ikuti Kami:

Suami Tekad Untuk Lindungi Keluarga, Tonton Park Seojoon Dalam ‘Concrete Utopia’ Ogos Ini

Suami Tekad Untuk Lindungi Keluarga, Tonton Park Seojoon Dalam ‘Concrete Utopia’ Ogos Ini

Selepas “Dream”, Park Seo-joon akan menemui penonton dalam filem keduanya tahun ini iaitu “Conrete Utopia”!

Untuk pengetahuan, “Concrete Utopia” yang diterajui Lee Byung-hun, Park Seo-joon dan Park Bo-young, akan menggambarkan bagaimana sifat manusia berubah apabila berhadapan dengan malapetaka.

Ia akan tertumpu kepada mangsa yang terselamat daripada gempa bumi besar yang memusnahkan Seoul, ketika mereka berkumpul di bangunan tunggal yang masih hidup di Pangsapuri Hwanggoong.

Dalam drama ini, Park Seo-joon akan menghidupkan watak sebagai Min-sung, seorang pekerja yang dipilih untuk membantu Young-tak (Lee Byung-hun), iaitu ketua sementara di Pangsapuri Hwang Goong.

concrete utopia

Selain itu, pelakon lelaki tersebut akan memaparkan keserasiannya dengan Park Bo-young sebagai suami isteri, dan bertekad untuk melindungi keluarganya ketika menghadapi krisis.

Dalam pada itu, “Concrete Utopia” akan ditayangkan pada 9 Ogos ini. Nantikan!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...