Ikuti Kami:

Diterajui Lee Byunghun, Park Seojoon & Park Boyoung, Filem ‘Concrete Utopia’ Akan Tayang Ogos Ini

Diterajui Lee Byunghun, Park Seojoon & Park Boyoung, Filem ‘Concrete Utopia’ Akan Tayang Ogos Ini

Selepas “Dream”, Park Seo-joon akan  kembali menemui penonton dengan filem baru!

Terbaru, filem “Concrete Utopia” yang diterajui Lee Byung-hyun, Park Seo-joon dan Park Bo-young, telah melancarkan video trailer pertama, sekaligus mengumumkan tarikh tayangannya iaitu pada bulan Ogos nanti.

Untuk pengetahuan, “Concrete Utopia” akan menggambarkan bagaimana sifat manusia berubah apabila berhadapan dengan malapetaka. Ia akan tertumpu kepada mangsa yang terselamat daripada gempa bumi besar yang memusnahkan Seoul, ketika mereka berkumpul di bangunan tunggal yang masih hidup di Pangsapuri Hwanggoong.

Dalam filem ini, Lee Byung-hun akan memegang watak sebagai Young-tak, seorang ketua di kalangan penduduk Hwang Goong. Seterusnya Park Seo-joon akan menghidupkan watak Min-sung, seorang lelaki muda yang bertekad untuk melindungi keluarganya manakala Park Bo-young akan menjadi isterinya, Myung-hwa.

Selain itu, pelakon hebat lain yang akan turut membintangi filem ini ialah Park Ji-hu, Kim Sun-young, Kim Do-yoon, Kim Hak-sun dan ramai lagi.

Sementara menunggu tayangan rasminya pada Ogos nanti, tonton video trailer “Concrete Utopia” di atas!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...