Ikuti Kami:

“Suami Seperti Kawan” – Kim Woobin Bakal Kota Janji Kahwini Shin Minah Tahun Ini?

“Suami Seperti Kawan” – Kim Woobin Bakal Kota Janji Kahwini Shin Minah Tahun Ini?

Antara pasangan pelakon Korea yang disukai ramai, pastinya adalah Kim Woo-bin dan Shin Min-ah.

Sejak mengakui hubungan mereka sejak 2015 selepas berkenalan di sebuah photoshoot, keduanya terus setia bersama meskipun ketika Kim Woo-bin melawan kansernya sekitar tahun 2019.

Menurut sebuah temubual lama yang kembali tular kini, netizen mengagak pasangan selebriti itu mungkin akan melangkah ke alam perkahwinan tak lama lagi. Ketika menjalani temubual bersama ‘Star Date’, Kim Woo-bin turut menjawab mengenai soal perkahwinan,

Perkahwinan… mungkin ketika saya berusia 35 tahun.

Oleh kerana temubual itu berlaku pada tahun yang sama mereka mula bercinta, netizen mengagak bahawa lelaki tersebut mungkin akan merealisasikannya pada tahun ini memandangkan dia sudah pun mencecah usia 35 tahun.

Komen peminat di TikTok apabila temubual ini kembali menjadi bualan, “Jangan terlambat”, “Kami dah lama menunggu” dan banyak lagi.

Semoga jadi kenyataan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...