Ikuti Kami:

Kim Woobin Penghantar Oksigen ‘Tough’, Ini Sebab WAJIB Tonton ‘Black Knight’ Di Netflix Kini

Kim Woobin Penghantar Oksigen ‘Tough’, Ini Sebab WAJIB Tonton ‘Black Knight’ Di Netflix Kini

Akhirnya “Black Knight” sudah pun menemui penonton di platform Netflix kini!

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut tentang siri ini, para pelakon utama serta pengarah siri adaptasi webtoon ini telah pun menyertai satu sidang media rasmi baru-baru ini.

Dunia tanpa oksigen

“Black Knight” berlatarbelakangkan dunia distopia di mana manusia tidak mampu hidup tanpa alat bantuan oksigen.

Semakin menarik apabila siri ini dikemudi oleh Kim Woo-bin yang membawa watak 5-8, di mana dia merupakan penghantar bekalan terbaik dan disanjungi semua. Dengan kemahiran dimilikinya, lelaki itu bekerjasama dengan pelarian bernama Sa-wol (Kang You-seok) bagi menumpaskan kumpulan Cheonmyung yang cuba menakluki dunia dengan niat jahat.

netflix black knight

Kredit: Netflix

Puji pengarah Choi Ui-seok,

Kim Woo-bin dicipta untuk menjadi ‘5-8’ yang kuat dan senyap.

Penjahat ‘hot’

Song Seung-heon yang pakar naskhah romantik sebelum ini bakal berubah menjadi antagonis di dalam siri ini. Membawa watak Ryu Seok iaitu pengerusi Kumpulan Cheonmyung yang tamak, jelasnya tentan keistimewaan “Black Knight”,

Ianya bakal tegang dan menyeronokkan apabila anda menonton konflik dan pertembungan yang timbul.

Malah lelaki itu menegaskan bahawa hubungan antara setiap karakter juga memainkan peranan sebagai persona utama siri ini.

netflix black knight

Kredit: Netflix

Selain Kim Woo-bin dan Song Seung-heon, penonton juga akan menyasikan sisi ‘strict’ Esom sebagai tentera bernama Jung Seol-ah yang turut berperang dengan ketamakan golongan kaya sambil menjaga Sa-wol, seorang pelarian di mana dia sedang berusaha untuk menjadi ‘pahlawan’ seperti ‘5-8’.

Mesej tersirat

Ujar pengarah Choi Ui-seok, meskipun “Black Knight” berlaku di dalam dunia distopia namun isu yang berbangkit boleh dikaitkan dengan konflik dunia realiti,

Dalam drama, ‘5-8’ hidup dalam dunia distopia tapi mereka mengimpikan utopia. Saya juga berharap agar semua orang boleh hidup sama rata dan berbahagia bersama-sama.

netflix black knight

Kredit: Netflix

Bagi yang belum menonton, saksikan 6 episod “Black Knight” di Netflix kini. Moh!

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...