“Perangai Lee Kwangsoo Sama Macam Kim Jongkook” – Yoo Jaesuk
- oleh irsa
- 3 tahuns lalu
Umum mengetahui bahawa Lee Kwang-soo mempunyai hubungan rapat dengan ramai orang termasuklah senior seperti Yoo Jae-suk dan junior, Kim Woo-bin.
Dalam episod terbaru “You Quiz On The Block”, Kim Woo-bin sempat menghubungi Lee Kwang-soo bagi berkongsi cerita. Meskipun sedikit mamai, namun lelaki itu tetap menjawab panggilan. Apabila ditanya di mana, jawabnya,
Saya kat rumah, tengah bersiap ke gim.
Jelas Kim Woo-bin, Lee Kwang-soo akan mendaftar keahlian di gim berdekatan tempat penggambaran. Selit Yoo Jae-suk,
Perangainya sama macam Kim Jong-kook.

Biasa bergerak sebagai ahli termuda terutamanya ketika di “Running Man” dahulu, pengacara itu bertanya bagaimana kelakuan Lee Kwang-soo sebagai abang,
Dia seorang yang sangat baik. Lee Kwang-soo baik dan jarang beremosi, serius dan kelam. Malah dia sering mendengar segala luahan hati dan kerisauan saya.
Seronoknya kalau ada Lee Kwang-soo sebagai kawan.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




