Apa yang berlaku di dalam skrin tak semestinya sama dengan apa yang terjadi di sebaliknya.
Dalam episod terbaru di YouTube ‘Haha PD’, Haha telah berkongsi momen di mana dia ‘bergaduh besar’ dengan Kim Jong-kook semasa penggambaran “Running Man” di New Zealand.
Dia koyak kad ‘pengecualian hukuman’ semasa di Nevis Swing. Kalau tak percaya, saya sampai menamparnya.
Situasi itu lebih menakutkan apabila seluar yang disarungkan Haha agak licin dan kerusi yang didudukinya itu juga diperbuat daripada plastik lantas dia asyik menyorot ke bawah.
Jelasnya, pihak produksi “Running Man” beria meyakinkan ahli lain supaya memujuk Haha kerana dia memberikan reaksi terbaik.
Seronok ke tengok Kim Jong-kook kalau dia asyik gelak je? Hanya kelakar kalau saya, Yoo Jae-suk atau Lee Kwang-soo menaikinya.
Lelaki itu berkongsi bahawa Yang Se-chan turut meyakinkannya untuk menaiki permainan itu bagi membantu program.
Hyung, saya pun takut tapi saya ada dengan awak.
Walaupun takut dan cuba membuka matanya, Haha menjelaskan bahawa dia cuba membasuk otaknya dengan membayangkan seperti dia perlu menyelamatkan anaknya iaitu Dream dan Soul di bawah.
Pun begitu, Haha menjelaskan di hujungnya bahawa dia berasa seperti memenangi sesuatu selepas menaiki semula ke atas.
Bukan senang ya kalau dah penakut..
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉