Bukan senang nak puaskan hati semua orang kerana masing-masing mempunyai pandangan tersendiri.
Seperti yang semua ketahui, “Running Man” buat pertama kali selepas 3 tahun mengadakan perjumpaan peminat di Manila, Filipina.
Bukan sahaja menjalani temubual, kesemua ahli mempersembahkan pelbagai lagu seperti “Love Dive”, “One Man”, “Don’t Give”, “New Things” dan banyak lagi buat 15,000 peminat yang memenuhi MOA Star Arena.
Terdiri daripada pelakon dan penghibur kecuali Kim Jong-kook, Ji Suk-jin dan Haha, sudah pasti ahli yang lain perlu berusaha lebih keras bagi menyanyi dan menari disebabkan ia bukanlah kepakaran mereka.
Walaupun berakhir dengan jayanya, namun ada suara sumbang di Korea yang mempersoalkan persembahan para ahli. Kata mereka, agak mengecewakan tahap persembahan kesemuanya kalau nak dibandingkan dengan harga tiket dibayar,
Mereka buat duit seperti ini? Tapi persembahan mereka.. Sejujurnya kalau mereka buat persembahan di Korea seperti ini, pastinya akan dimaki.
Harga tiket terlalu tinggi, tetapi mereka tetap membuat persembahan seperti ianya pesta sahaja. Dengan sokongan dan layanan yang diterima, adakah ini penipuan terbuka?
Walaupun mereka merosakkan lagu BTOB ‘Missing You’ tapi kenapa Song Ji-hyo hanya berbisik-bisik sahaja. Kecewa betul lihat mereka sebegini di luar negara..
Memang muka tebal betul, buat apa berlatih bersungguh-sungguh kalau menyanyi terkumat-kamit seperti perayaan di sekolah sahaja? Mereka secara terbuka menghina peminat Filipina..
Walau bagaimanapun, rata-rata peminat lain meluahkan rasa gembira melihat sokongan yang diterima ahli “Running Man” di luar negara. Malah mereka bangga melihat nama Korea dibawa ke persada dunia menerusi rancangan hiburan itu.
Ada sahaja lah tak kena..
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉