Jang Shin-young sepertinya masih lagi menyayangi suami, Kang Kyung-joon meskipun dikhianati.
Baru-baru ini, Kang Kyung-joon mengaku bersalah atas semua tuduhan kecurangan di mahkamah. Pelakon itu telah disaman oleh suami kepada seorang wanita yang terlibat dalam hubungan sulit dengannya.
Menurut laporan media, walaupun dikhianati, pelakon Jang Shin-young tidak akan bercerai dengan Kang Kyung-joon. Kongsi peguam pelakon tersebut,
Pasangan tersebut masih berkahwin. Tiada rancangan untuk bercerai.
Sementara itu, Kang Kyungj-oon dan Jang Shin-young bertemu dalam drama K-Drama 2013, “Flower Of Revenge”. Pasangan ini bercinta selama 5 tahun sebelum berkahwin pada 2018. Mereka menimang cahaya mata pada 2019 manakala Jang Shin-young mempunyai seorang anak dari perkahwinan terdahulu.
Kalau itu pilihan dia..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.