Ikuti Kami:

Suami & Bapa Penyayang Dalam ‘Superman’s Return’, Pelakon Lelaki Ini Kantoi Curang Dengan Isteri Orang?

Suami & Bapa Penyayang Dalam ‘Superman’s Return’, Pelakon Lelaki Ini Kantoi Curang Dengan Isteri Orang?

Betul lah orang kata imej selebriti yang dipaparkan dalam televisyen tak boleh dipercayai sangat..

Menurut laporan sebuah media baru-baru ini, Kang Kyung-joon telah didakwa supaya membayar pampasan kerugian bernilai 50 juta won (RM177,000) pada 26 Disember tahun lalu. Pihak plaintif mendakwa,

Kang Kyung-joon mencampuri urusan sebuah keluarga dan merosakkan kebahagiaan mereka.

Menurut pihak itu lagi, Kang Kyung-joon dan isterinya ‘A’ bekerja di sebuah syarikat hartanah. Kedua-dua mereka bekerja bersama di bangunan dan tingkat yang sama. Dia menyatakan,

Kang Kyung-joon bermain kayu tiga dengan A meskipun tahu dia adalah seorang wanita yang sudah berkahwin.

kang kyungjoon jang shinyoung

Berkenaan dengan ini, pihak Kang Kyung-joon mengatakan,

Kami mengesahkan bahawa Kang Kyung-joon menerima aduan pada hari tersebut. Selepas menimbal balik isinya, terdapat kemungkinan salah faham. Syarikat merancang untuk memberi jawapan secara berperingkat.

Untuk pengetahuan, lelaki itu aktif dalam rancangan “The Return Of Superman” kini dan memiliki dua orang anak lelaki dari perkahwinan bersama Jang Shin-young.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...