Ikuti Kami:

“Diam Lah” – Kongsi Sisi ‘Sweet’ Lee Minjung, Netizen Ungkit Kecurangan Lee Byunghun Ketika Isteri Hamil

“Diam Lah” – Kongsi Sisi ‘Sweet’ Lee Minjung, Netizen Ungkit Kecurangan Lee Byunghun Ketika Isteri Hamil

Jarang membuat kemunculan dalam program hiburan, namun Lee Byung-hun telah menyertai “You Quiz On The Block” sebagai tetamu baru-baru ini.

Bukan sahaja berceriat mengenai filem terbarunya “Concrete Utopia” malah lelaki itu turut memuji sisi baik isterinya, Lee Min-jung,

Dia sangat pandai memasak, dia seorang ibu yang baik. Pandai bermain golf dan dia ialah seorang yang berbakat besar.

Jelasnya lagi,

Saya akan terus memberikan reaksi setiap kali dia memanggil ‘oppa’. Saya selalu terleka dengan perbualan panjang sampaikan saya tak ingat isinya. Tapi kalau dia memanggil saya, pastinya saya akan berlari walaupun tengah menonton filem.

lee byunghun

Meskipun bercerita anekdot manis mengenai Lee Min-jung namun sepertinya ada segelintir netizen yang masih tidak melupakan mengenai insiden di mana lelaki itu menduakan isterinya dengan model dan idola ketika wanita itu sedang mengandung anak pertama mereka.

Komen netizen,

Dari pandangan saya, perkahwinan Lee Min-jung dan Lee Byung-hun sepertinya diatur. Tak tahu macam mana dia boleh bertahan dengan lelaki tua yang tak tahu urus hubungan dengan wanita.

 

Kita terlalu baik sangat dengan pelakon lelaki.

 

Kalau mangsa sendiri iaitu Lee Min-jung hidup gembira dan memaafkan, kenapa kita pihak ketiga mahu mencampuri urusan mereka?

 

Malas lah nak tengok episod kali ini..

 

Lee Byung-hun kena jaga Lee Min-jung dengan baik, tiada wanita sebaiknya. Si malaikat Lee Min-jung.

lee minjung lee byunghun

Bagi yang tidak mengetahui, Lee Byung-hun pernah diperas ugut oleh model Lee Ji-yeon dan ahli GLAM, Jiyeon pada 2014 supaya membayar sejumlah wang agar video kelakuan mesra antara lelaki itu dan mereka tidak didedahkan buat umum. Bagaimanapun, agensi lelaki tersebut mendedahkan bahawa pelakon itu tak pernah berduaan dengan kedua-dua pelakun berkenaan dan dia memutuskan hubungan selepas berasa sangsi dnegan tujuan keduanya.

Entahlah..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...