Ikuti Kami:

Lee Minjung & Lee Byunghun Bakal Timang Anak Kedua

Lee Minjung & Lee Byunghun Bakal Timang Anak Kedua

Pagi Jumaat ini disambut gembira oleh pasangan Lee Min-jung dan Lee Byung-hun!

Menurut laporan media, pasangan kegemaran ramai itu bakal menimang cahaya mata kedua tak lama lagi. Bahkan ini kehamilan pertama pelakon wanita itu selepas melahirkan anak lelaki 8 tahun lalu.

Bagi yang tidak mengetahui, Lee Min-jung dan Lee Byung-hun berkahwin pada 2013 dan bakal menyambut ulang tahun perkahwinan ke-10 pada tahun ini.

lee minjung lee byunghun

Respon agensi wanita itu, tarikh spesifik kelahiran anak kedua itu tidak dapat didedahkan dan Lee Min-jung sibuk memberikan fokus dengan didikan pra-natal kini.

Dalam pada itu, kedua-duanya sibuk dengan aktiviti seni pada tahun ini di mana Lee Min-jung muncul dalam filem “Switch” selain menjadi panel dalam rancangan “Oh Eun-young Game”. Manakala Lee Byung-hun sedang aktif mempromosikan filem “Concrete Utopia” kini.

Tahniah!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...