Ikuti Kami:

Suami Isteri Jiwa Seni, Agensi Kongsi Gong Hyojin Hasilkan Lirik Bagi Lagu Baru Kevin Oh

Suami Isteri Jiwa Seni, Agensi Kongsi Gong Hyojin Hasilkan Lirik Bagi Lagu Baru Kevin Oh

Gong Hyo-jin tulis lirik lagu dah sekarang…

Baru-baru ini, Kevin Oh dikhabarkan akan melancarkan album penuh pertamanya, termasuk lagu yang liriknya ditulis oleh Gong Hyo-jin.

Pada 9 November, agensi Kevin Oh, T Cask Entertainment melancarkan klip pra-tonton artis tersebut, dengan judul “Pieces of _”. Video yang membawa elemen tenang dan nyaman itu turut memaparkan kesemua lapan lagu yang terkandung dalam album tersebut. Dua daripadanya bertajuk “Dawn” dan “Pieces of You”.

Penglibatan Gong Hyo-jin dalam album kali ini adalah menerusi penulisan lirik bagi lagu “Dawn”.

Lagu pra-pelancaran “Dawn” ini dijangka bakal dilancarkan pada 12 November manakala album penuh “Pieces of _” akan dilancarkan pada 15 November.

Tak sabar nak dengar lagu karya Gong Hyo-jin!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...