Ikuti Kami:

Cecah Hampir RM130 Ribu, Hadiah Perkahwinan Gong Hyojin & Kevin Oh Jadi Tumpuan

Cecah Hampir RM130 Ribu, Hadiah Perkahwinan Gong Hyojin & Kevin Oh Jadi Tumpuan

Tahniah buat Gong Hyo-jin dan Kevin Oh di atas majlis perkahwinan mereka baru-baru ini!

Menerusi akaun Instagram Gong Hyo-jin, dia berkongsi satu gambar terbaru dia dan suami berserta kapsyen,

Baru berkahwin!

Gambar yang dikongsinya juga berjaya menarik perhatian umum dek kerana cincin dan jam tangan yang mereka pilih sebagai hadiah perkahwinan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hjk (@rovvxhyo)

Koleksi barangan perkahwinan mereka adalah merupakan barangan daripada jenama mewah, Piaget. Piaget adalah jenama jam tangan dan barang kemas mewah yang berasal daripada Switzerland.

Cincin dan hadiah yang dipilih oleh Gong Hyo-jin dan Kevin Oh juga dihiasi dengan berlian di cincin itu dengan menampilkan teknik “Palace Deco”, iaitu satu teknologi kerja emas khusus oleh Piaget.cincinKevin Oh memilih cincin berlian ‘rose gold’ dan Gong Hyo-jin memilih cincin berlian emas putih. Kedua-dua cincin tersebut mempunyai 0.02 karat berlian dan harga barang kemas itu kini berjumlah 2,000 USD (RM9404) dan 2,300 USD (RM 10,814) masing-masing.jamJam tangan yang dipilih mereka juga adalah jenama yang sama dengan cincin mereka, iaitu model “Polo Date”, Piaget. Gong Hyo-jin memakai model ‘blue print steel’ dan Kevin Oh memakai model berwarna hijau emas ‘rose gold 18k’. Kedua-dua jam tangan itu berharga 10,500 USD (RM 49,371) dan 27,250 USD (RM128,129).

Mahalnya….

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...