Ikuti Kami:

“Staf Kami..” – Sampai Panggil Bomoh, Pengarah Dedah Kisah Seram Ketika Penggambaran ‘Exhuma’

“Staf Kami..” – Sampai Panggil Bomoh, Pengarah Dedah Kisah Seram Ketika Penggambaran ‘Exhuma’

Pengarah “Exhuma” telah mendedahkan kisah seram yang dialami oleh mereka ketika penggambaran filem tersebut sedang dijalankan.

Ketika ditemu bual oleh pihak media, pengarah filem “Exhuma” telah menceritakan serba sedikit kisah disebalik tabir mereka. Termasuk kisah di mana staf mereka diganggu ketika sedang melakukan penggambaran.

Pengarah tersebut berkata,

Salah satu babak paling seram yang saya ingat ialah babak di mana Kim Go-eun dan Lee Do-hyun memanggil roh di bilik mayat.

Tambahnya,

Saya ingat lagi yang semasa hari babak itu dirakam, banyak staf kami yang rasa tak sedap badan sehingga mereka semua kena ambil ubat tahan sakit.

exhuma-lee-dohyun

Sambungnya lagi,

Nasib baik pada masa itu bomoh yang bertanggungjawab untuk mengawasi penggambaran ‘Exhuma’ ada di situ. Bomoh itu kemudiannya telah melakukan sesuatu upacara dan sejurus selepas upacara itu tamat semua staf jadi sihat seperti tiada apa-apa yang terjadi.

Pengarah itu menambah,

Sama ada kamu semua percaya atau tidak, itulah perkara yang telah terjadi pada kami.

Seramnya..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...